Isnin, September 28, 2009

Alat Perkusi Berpic

Semua jenis bunyi terhasil daripada getaran. Gelombang getaran diukur menggunakan unit ukuran Hertz, iaitu bilangan getaran lengkap setiap satu saat. Pic ialah standard getaran yang telah ditetapkan oleh ahli muzik terhadap bunyi daripada getaran yang stabil. Contohnya pic A mempunyai ukuran sebanyak 440Hz. Ukuran ini hanya boleh didapati daripada getaran bunyi yang stabil sahaja. Getaran yang tidak stabil tidak boleh dikukur unit Hznya.
Oleh kerana ciri-ciri getaran alat perkusi yang terhasil ada yang stabil dan ada yang tidak stabil, maka alat perkusi juga turut dibahagikan kepada alat muzik perkusi berpic dan alat muzik tidak berpic. Getaran yang stabil menghasilkan bunyi pic manakala getaran yang tidak stabil menghasilkan bunyi tanpa pic.
Alat perkusi berpic boleh menghasilkan sekurang-kurangnya 2 not dalam pic yang tepat dan standard. Alat-alat ini boleh memainkan melodi atau lagu.
Contohnya: vibraphone, xylophone, marimba, gambang, slentem, caleste, tubular bells, glokenspiel, angklung dan timpani.

2 ulasan: