Selasa, September 29, 2009

Cara Memegang dan Teknik Memainkan Alat Perkusi

Kemahiran Memainkan Alat Perkusi
Dalam permainan alat perkusi, murid-murid diberikan peluang belajar membaca skor perkusi yang terancang. Mereka belajar :
  • Menunggu giliran mengikut skor.
  • Menyebut menepuk dan mengetuk bersama-sama.
  • Memainkan alat dan berhenti mengikut arahan.
  • Mula dan berhenti bersama-sama mengikut skor muzik.
  • Merasai situasi bermain seperti sebuah orkestra yang penuh dengan peraturan dan disiplin.
Cara yang betul untuk memegang dan memainkan alat-alat perkusi adalah penting bagi menghasilkan bunyi yang estetik. Murid perlu dilatih mengamalkan teknik memainkan alat-alat perkusi yang betul.

Kerincing
Rupa bentuk Kerincing lazimnya diperbuat daripada besi dan berbentuk segitiga. Pemegangnya merupakan seutas tali pendek yang diikat pada bucunya. Kerincing mempunyai sebatang besi pengetuk. Apabila diketuk, ia menghasilkan bunyi lanjut yang nyaring.
  1. Pegang tali kerincing pada talinya sebelah tangan dan pemukulnya di tangan yang sebelah lagi. Pastikan tangan yang memegang tali kerincing tidak menyentuh kerincing.
  2. Kerincing boleh dimainkan dengan cara mengetuk pada lingkaran segitiganya dengan pengetuk kerincing. Ketukan boleh dilakukan juga di sebelah luar kerincing atau dalam kerincing.
video

Tiada ulasan:

Catat Ulasan