Selamat Datang ke Blog Interaktif Pendidikan Muzik Pra Sekolah. Blog ini disediakan bertujuan sebagai panduan kepada guru-guru Pra Sekolah dalam Pengajaran dan Pembelajaran Permainan Alat Perkusi Pra Sekolah. Panduan serta kemahiran dan teknik yang diberikan dalam blog ini adalah sebagai asas dalam permainan alat perkusi terutamanya alat perkusi tidak berpic bagi peringkat kanak-kanak. Kemahiran dan teknik permainan alat perkusi yang lain akan diberikan serta dibuat penambahbaikan dari semasa ke semasa. Adalah diharapkan blog ini dapat dikongsi bersama guru-guru yang lain terutamanya guru muzik sebagai pengetahuan asas permainan alat perkusi sekolah rendah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan