
Khamis, Oktober 01, 2009
Cara Memainkan Dram Bes

Cara Memainkan Dram Tenor
Cara mengendali dan memainkan dram tenor :
- Laraskan ketinggian dram ke paras pinggang. Berdiri dengan selesa dan tidak rapat dengan badan dram, atau
- Sangkutkan dram pada badan menggunakan tali selepang.
- Pegang kayu pemukul pada had satu pertiga daripada kayu tersebut.
- Gunakan pemukul khas (mallet) dan palu permukaan dram sebelah atas
Cara Memainkan Dram Getar / Snare
Cara mengendali dan memainkan dram getar :
- Laraskan ketinggian dram ke paras pinggang. Berdiri dengan selesa dan pastikan badan tidak rapat dengan dram, atau
- Sangkutkan dram pada badan menggunakan tali selepang. (Untuk posisi di samping sahaja)
- Genggam kayu pemukul pada had satu pertiga daripada kayu tersebut.
- Palu permukaan atas dram kanan dan kiri secara bergilir-gilir.

Cara Memegang Kayu Dram

Pegangan kedua ialah traditional grip. Walaupun ianya juga pilihan yang baik dan popular di kalangan pemain dram, ianya memerlukan latihan yang cukup untuk menguasai pegangan ini. Traditional grip sering dimainkan dalam persembahan orkestra dan marching band kerana mungkin kedudukan dram samping yang digantung pada tubuh mempunyai sudut yang sesuai dengan pegangan ini. Pegangan ini juga digunakan oleh pemain ternama (berkemahiran tinggi) dram set dalam pelbagai genre. Perhatikan rajah di bawah :




Rabu, September 30, 2009
Cara Memegang dan Teknik Memainkan Loceng
Cara memegang dan memainkan loceng :
- Masukkan empat jari ke dalam gelong loceng dan genggam bahagian yang tidak berloceng. Loceng menghasilkan bunyi apabila ia digoncang.
- Genggam pemegang loceng dengan tangan kiri @ kanan. Kemudian ketuk pergelangan tangan kiri dengan tangan kanan yang menggenggam loceng.

Cara Memegang dan Teknik Memainkan Tik Tok
- Pegang tik-tok dengan tangan kiri dan pengetuknya dengan tangan kanan.
- Ketuk tik-tok pada bahagian kiri dan kanannya secara bergilir-gilir.
Cara Memegang dan Teknik Memainkan Tamborin
- Pegang tamborin dengan tangan kanan dan goyangkan ke kiri dan ke kanan.
- Pegang tamborin dengan tangan kiri @ kanan. Ketuk tepi tamborin atau kulit tamborin dengan hujung jari tangan kanan @ kiri.
Cara Memegang dan Teknik Memainkan Kastenet
Selasa, September 29, 2009
Cara Memegang dan Teknik Memainkan Alat Perkusi
Dalam permainan alat perkusi, murid-murid diberikan peluang belajar membaca skor perkusi yang terancang. Mereka belajar :
- Menunggu giliran mengikut skor.
- Menyebut menepuk dan mengetuk bersama-sama.
- Memainkan alat dan berhenti mengikut arahan.
- Mula dan berhenti bersama-sama mengikut skor muzik.
- Merasai situasi bermain seperti sebuah orkestra yang penuh dengan peraturan dan disiplin.
Kerincing
Rupa bentuk Kerincing lazimnya diperbuat daripada besi dan berbentuk segitiga. Pemegangnya merupakan seutas tali pendek yang diikat pada bucunya. Kerincing mempunyai sebatang besi pengetuk. Apabila diketuk, ia menghasilkan bunyi lanjut yang nyaring.
- Pegang tali kerincing pada talinya sebelah tangan dan pemukulnya di tangan yang sebelah lagi. Pastikan tangan yang memegang tali kerincing tidak menyentuh kerincing.
- Kerincing boleh dimainkan dengan cara mengetuk pada lingkaran segitiganya dengan pengetuk kerincing. Ketukan boleh dilakukan juga di sebelah luar kerincing atau dalam kerincing.

Kemahiran Memainkan Alat Perkusi
Dalam permainan alat perkusi, murid-murid diberikan peluang belajar membaca skor perkusi yang terancang. Mereka belajar :
- Menunggu giliran mengikut skor.
- Menyebut menepuk dan mengetuk bersama-sama
- Memainkan alat dan berhenti mengikut arahan
- Mula dan berhenti bersama-sama mengikut skor muzik
- Merasai situasi bermain seperti sebuah orkestra yang penuh dengan peraturan dan disiplin
Alat Perkusi Tidak Berpic
Alat muzik yang tergolong dalam permainan muzik perkusi adalah :
- Diketuk, dipalu, digeselkan, digoncang
- Setiap alat menghasilkan satu ton sahaja.
- Biasanya dalan keluarga “membranofon” dan “Ideofon”.
- Mudah dipelajari dan diiringi oleh satu alat muzik utama sahaja seperti piano, melodian atau lain-lain yang biasanya dimainkan oleh guru pengiring serta rakaman audio.
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Isnin, September 28, 2009
Alat Perkusi Berpic
Contohnya: vibraphone, xylophone, marimba, gambang, slentem, caleste, tubular bells, glokenspiel, angklung dan timpani.
Matlamat Bermain Alat Perkusi
Permainan perkusi pastinya menjadi aktiviti yang dinanti-nantikan oleh setiap pelajar. Ia merupakan masa yang membolehkan pelajar meluahkan perasaannya disamping berhibur. Alat muzik perkusi tentunya mudah dimainkan dan semua pelajar dapat mengambil bahagian tanpa kecuali. Di samping itu, permainan alat perkusi juga membantu membina koordinasi gerakan anggota badan murid. Dalam permainan alat perkusi murid berpeluang meneroka kreativiti mereka. Seterusnya permainan alat perkusi secara ensembel memupuk semangat kerjasama dan toleransi, disiplin, dan rasa tanggung jawab. Oleh yang demikian, guru hendaklah memastikan semua murid berpeluang memainkan alat perkusi. Antara matlamatnya ialah :
- Menyemai rasa cintakan irama. (Cultivating a feeling for rhythm)
- Membantu kanak-kanak mengetahui dan menghargai muzik dimana kebanyakkan mereka tidak dapat peluang belajar bermain muzik secara formal. Kanak-kanak dilatih untuk mengenali bunyi dan nilai bunyi pastinya akan sedar betapa kreatifnya pencipta lagu dan seterusnya menghargai nilai seni bunyi.
- Membolehkan kanak-kanak melalui latihan aural dan membaca muzik dapat menghayati dan menghargai hasil karya muzik seterusnya memajukan diri mereka dalam muzik.
Apakah yang boleh dicapai melalui pembelajaran Perkusi?
Khamis, September 17, 2009
Rabu, September 16, 2009
Pengenalan
Seorang pengiring (biasanya guru muzik) akan memainkan melodi dengan piano atau satu instrumen @ menggunakan rakaman audio. Permainan perkusi dimainkan mengikut disiplin orkestra. Setiap alat dikumpulkan dalam satu kumpulan dan akan bermain serentak. Bagi tahap 2 KBSR melodian akan dimainkan oleh beberapa murid. Pemain akan bermain mengikut skor muzik yang telah disediakan.