
Khamis, Oktober 01, 2009
Cara Memainkan Dram Bes
Dram bes menggunakan “stand” atau digantung dan disandarkan pada bahagian perut pemain. Ia menggunakan pemukul khas. Paluan bahagian tengah muka dram pad kiri dan kanan. Dram juga boleh dipalu dengan menggunakan sebelah tangan sahaja.


Cara Memainkan Dram Tenor
Dram tenor mempunyai dua permukaan berkulit. Saiz dram tenor adalah besar sedikit daripada dram getar. Sepasang pemukul digunakan untuk memainkannya. Dram tenor tidak mempunyai gegetar.
Cara mengendali dan memainkan dram tenor :
Cara mengendali dan memainkan dram tenor :
- Laraskan ketinggian dram ke paras pinggang. Berdiri dengan selesa dan tidak rapat dengan badan dram, atau
- Sangkutkan dram pada badan menggunakan tali selepang.
- Pegang kayu pemukul pada had satu pertiga daripada kayu tersebut.
- Gunakan pemukul khas (mallet) dan palu permukaan dram sebelah atas
Cara Memainkan Dram Getar / Snare
Dram getar mempunyai dua permukaan. Permukaan bawahnya terdapat gegetar yang bergetar apabila diketuk. Sepasang kayu pemukul digunakan untuk memainkannya.
Cara mengendali dan memainkan dram getar :

Cara mengendali dan memainkan dram getar :
- Laraskan ketinggian dram ke paras pinggang. Berdiri dengan selesa dan pastikan badan tidak rapat dengan dram, atau
- Sangkutkan dram pada badan menggunakan tali selepang. (Untuk posisi di samping sahaja)
- Genggam kayu pemukul pada had satu pertiga daripada kayu tersebut.
- Palu permukaan atas dram kanan dan kiri secara bergilir-gilir.

Cara Memegang Kayu Dram

Pegangan kedua ialah traditional grip. Walaupun ianya juga pilihan yang baik dan popular di kalangan pemain dram, ianya memerlukan latihan yang cukup untuk menguasai pegangan ini. Traditional grip sering dimainkan dalam persembahan orkestra dan marching band kerana mungkin kedudukan dram samping yang digantung pada tubuh mempunyai sudut yang sesuai dengan pegangan ini. Pegangan ini juga digunakan oleh pemain ternama (berkemahiran tinggi) dram set dalam pelbagai genre. Perhatikan rajah di bawah :




Langgan:
Catatan (Atom)